Leave ur link here =)

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws
Content Writing Content Writer

07 February 2015

SYURGA DUNIA SYURGA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah yg mgurniakan khidupan yg lengkap dan cukup kepada ku.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Tahun 2015 ini dimulaikan dgn rezeki Allah yang dtg dari sumber yg saya sendiri pun tidak sangka. selama ini hidup ada penuh cabaran dan kedukaan tetapi syukur lah saya masih menjaga hubungan dan kepercayaan kepada Allah. Kesabaran amat penting dalam berdoa. Apabila kita sentiasa berdoa dan saat berdoa kita berusaha ditambahkan dengan kesabaran, in sya Allah,Allah akan membalas dengan lebih baik, mgkin bagi pandangan org, perkara kecil tapi kita yang merasa ini terlalu merasa besarnya anugerah Allah sehinggakan kita lupa keadaan kita semasa susah.

Semakin meningkat umur dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, tanya lah pada diri kita..adakah amalan kita cukup sehingga dapat membawa kita masuk ke syurga? tanya juga pada diri adakah kita sedar apa yang kita buat sehinggakan melalaikan diri dari mengingat Allah?..

Saya seperti anda juga, saya sendiri mempunyai waktu lalai dan keaiban diri sendiri. Tetapi cantiknya perancangan Allah, Allah menutup segala keburukan diri ini, kalau lah Allah tidak menutup keaiban kita, tentu sahaja ada TANDA AIB kita di dahi atau yang boleh masyarakat lain tengok apa yang telah kita lakukan. Walaubagaimanapun, saya masih sedih lagi sebab saya masih dapat lihat lagi kelalaian orang orang yg saya sayang dalam melaksanakan tanggujawab sebagai khalifah di muka bumi ini dan lebih2 lagi tanggujawab sebagai hamba Allah.

Tetapi, saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung perasaan org yg mbaca statement ini, bagi saya lebih baik tersinggung disini dari diseksa di NERAKA. Saya pernah ditanya oleh kawan saya sendiri, apa kah yang dimaksudkan dengan syurga? saya yang cetek ilmu agama ini merasa susah bagaimana untuk terangkan. Oleh itu saya hanya menjawab menggunakan akal fikiran yg sedia ada. Pada ketika itu, si kawan menyoal ketika saya tengah drive dan dia duduk di tempat duduk penumpang sebelah saya. saya pun menjawab, cuba lihat jalan-jalan raya ini yang kita lalui, cuba lihat pokok-pokok yang myusur jalan raya ini, cuba lihat bangunan-bangunan ini dan rumah-rumah ini.. lalu si kawan pun melihat dan memerhati..

Dan saya menambahkan lagi, " begini lah syurga"..si kawan melihat saya dengan kehairanan, mgkin dia pikir saya gila, saya berkata lagi "tetapi apa yang kamu lihat sini hanya la sedikit keindahan sahaja, syurga lebih indah dan sangat indah dari jalan-jalan raya, dari pokok-pokok yang myusur jalan raya, dari rumah-rumah dan bangunan-bangunan ini."

Si kawan mula mengangguk dan saya menambah kan lagi "dan di syurga, kita hidup selamanya dengan keluarga dan kawan-kawan yang kita sayang tetapi di dunia, hidup kita singkat malah kita kena berpisah dgn org yg kita sayang. Kalau disyurga kamu
boleh jumpa dengan arwah ayah kamu. di syurga, segala kehidupan yang kita mahu ada disana.. tidak kah kita merasa bahagia apabila kita mendengar khabar syurga ini. ini la janji Allah kepada orang-org yg beriman kepadaNYA"

Setakat ini sahajalah cerita saya yang tidak seberapa ini, in sya Allah, ada masa saya update lagi ya..
P/S: apa yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah..=)


No comments: